Latihan 1.
Penggunaan kata yang tepat.
Garisi kata yang paling sesuai bagi ayat-ayat dibawah.
1. ( Bahang , Hangat ) unggun api itu terasa sampai ke sini.
2. Mariam berasa sungguh ( pilu , muram ) apabila mengenangkan peristiwa lama itu.
3. Tingkah lakunya yang ( sopan , budi ) itu menjadi contoh kepada murid-murid yang lain.
4. Kamal terjaga apabila terdengar bunyi ranting ( patah , retak ) di tepi tingkap rumahnya.
5. Penduduk pangsapuri itu mendakwa bahawa barang-barang di dalam rumah mereka ( bergegar ,
berayun ) semalam akibat letupan gunung berapi yang berlaku di Sumatera.
6. Bapa akan menebang pokok kelapa yang ( condong , senget ) itu pada petang ini.
7. Ayam-ayam yang sedang makan di halaman rumah nenek lari ( bertempiaran , berserakan ) apabila
disergah oleh adik.
8. Suasana di dalam dewan itu menjadi ( gamat , ribut ) apabila seorang pelakon tergelincir semasa
pementasan.
9. Warna kereta akan cepat menjadi ( sebam , luntur ) jika sering terdedah pada cahaya matahari.
10. Saya mengetahui makna ( lambang , tanda ) bulan dan bintang pada bendera Malaysia.

Latihan yang sesuai untuk murid!
BalasPadamlatihan yang mencabar.
BalasPadamLatihan yang sesuai bagi murid. Terima kasih kerana sudi berkongsi.
BalasPadam