Kata adjektif
1.Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat.
2.Kata adjektif digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu benda, orang, tempat dan sebagainya.
3.Kata adjektif boleh ditambah dengan kata penguat seperti ter-, se-, amat, paling, sangat, sekali, sungguh
dan terlalu.
4.Kata adjektif juga boleh disertai dengan kata bantu seperti masih, belum, dapat dan sebagainya.
5. Kata bantu dan kata penguat boleh hadir secara serentak.
6. Dalam Bahasa Malaysia, kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan jenis berdasarkan kriteria
makna yang didukung oleh sesuatu kata adjektif.
7. Jenis- jenis atau penggolongan kata adjektif adalah seperti bentuk, cara, perasaan, sifat keadaan, ukuran,
warna, waktu, jarak dan pancaindera.
8. Kata adjektif pancaindera pula terbahagi kepada indera pandang, indera dengar, indera rasa, indera bau,
indera sentuh dan gabungan indera.
9. Tahap kata adjektif dapat dibahagikan kepada empat tahap, iaitu tahap biasa, tahap sama, tahap
perbandingan dan tahap penghabisan.
10. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan seperti yang berikut:
Contoh:
Binaan Contoh
se + kata adjektif + gandaan + kata nama sekeras-keras kerak nasi, sepandai-pandai tupaiter + kata adjektif terbersih
paling + kata adjektif paling enak
ter + amat + kata adjektif teramat sedih
ter + sangat + kata adjektif tersangat gembira
amat + kata adjektif + sekali amat cantik sekali
sungguh + kata adjektif + sekali sungguh rajin sekali
sangat + kata adjektif + sekali sangat lincah sekali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan