Jumaat, 14 Disember 2012

Latihan Masa Cuti

Penulisan

Baca dan lengkapkan karangan contoh di bawah.
  • untuk kegunaan pada waktu kecemasan
  • sebagai suatu amalan
  • akan mendapat faedah tahun
  • tanpa meminta wang daripada ibu bapa
  • untuk menjamin keselamatan wang kita itu
  • dapat mengelakkan pembaziran
    Menabung atau menyimpan wang merupakan amalan yang mulia. Kita boleh menyimpan wang di dalam bank ______________________________________________ . Dengan menyimpan wang, kita akan beroleh pelbagai faedah.
     Kita boleh mengguna wang yang kita simpan itu ______________________________________ .
Wang itu boleh digunakan untuk membaiki rumah akibat bencana alam atau membeli buku-buku sekolah. Kita juga boleh menggunakan wang itu untukmelanjutkan peajaran ke universiti.
     Apabila kita menyimpan wang di dalam bank, wang kita akan bertambah. Hal ini demikian kerana wang yang kita simpan _______________________________________ . Dengan itu, jumlah wang simpanan kita akan menjadi semakin banyak.
     Selain itu, dengan menyimpan wang, kita dapat meringankan beban ibu dan bapa. Wang yang kita simpan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan persekolahan kita. Dengan cara itu, kita dapat berdikari ___________________________________________.
     Dengan mengamalkan sikap suka menyimpan wang, kita ________________________________ . Kita akan lebih berhati-hati ketika berbelanja. Kita dapat mengelakkan diri daripada membeli barang-barang yang tidak perlu.
     Jelaslah di sini bahawa menyimpan wang banyak memberikan faedah. Oleh itu, jadikan aktiviti menyimpan wang ________________________________________ . Peribahasa Melayu berpesan, "Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit."

KATA-KATA HIKMAT BUAT RENUNGAN BERSAMA



Latihan MasaCuti

Penulisan
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah.Panjangnya jawapan kamu tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Latihan 1.

     Penduduk Kampung Sireh sibuk bergotong royong membuat persiapan bersempena dengan majlis perkahwinan anak Pak Hisham. Menurut Pak Hisham, suatu persembahan tarian Zapin akan menyerikan majlis itu. Ahli Keb Kebudayaan Kampung Sireh giat berlatih tarian zapin yang akan dipersembahkan dalam majlis perkahwinan itu sejak sebulan yang lalu.
    Walaupun berkemampuan, Pak Hisham tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan anaknya secara besar-besaran. Menurut beliau, membazir itu hanya membawa kerugian. Beliau mahu amalan berjimat cermatnya itu menjadi contoh kepada orang ramai.
     Setelah majlis itu selesai, para penduduk kampung bersama-sama membersihkan kawasan rumah Pak Hisham. Sampah sarap dipungut dan dimasukkan ke dalam plastik sampah. Pak Hisham mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung yang bekerjasama menjayakan majlis perkahwinan anaknya itu.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Latihan 2

    Nazri, Raihan dan Chin Guan mengunjungi Velu yang terlantar di hospital. Mereka membawa buah-buahan sebagai buah tangan untuk Vellu. Vellu mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat terjatuh daripada basikal semasa pulang dari kebun bapanya.
     Menurut Vellu, di aterjatuh kerana mengelakkan seekor anjing yang melintas jalan. Mujurlah dia dibantu oleh seorang penunggang motosikal yang lalu di situ. Pemuda itu juga yang menghubungi ibu bapa Vellu dan memaklumkan mereka tentang kejadian yang menimpa Vellu.
    Para jururawat di hospital itu menjaga dan merawat Vellu serta pesakit-pesakit yang lain dengan penuh dedikasi. Mereka sentiasa melemparkan senyuman walaupun sibuk dengan tugas masing-masing. Vellu sungguh terharu atas layanan yang diberikan.

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

Latihan masa cuti

Latihan
Peribahasa

Bulatkan jawapan yang paling tepat.
1. Marina berasa ____________ kerana pendapat dan cadangannya tidak dipertimbangkan langsung.
A. berat hati
B. sampai hati
C. tawar hati
D. jauh hati

2. Lelaki itu ___________ sebab perangainya tidak menetu dan sukar diramal.
A. ringan kepala
B. kepala angin
C. keras kepala
D. kepala batu

3. "Kamu mestilah sanggup mempertahankan ___________ daripada dijajah semula,"kata datuk.
A. ibu ayam
B. ibu keladi
C. ibu pertiwi
D. ibu kandung

4. Warden itu _________ apabila ada murid-murid yang tidak menutup lampu pada pukul 11.00 alam.
A. naik darah
B. hisap darah
C. darah daging
D. darah muda

5. Untuk __________, Rizal membelikan sebuah televisyen untuk bapanya.
A. sejuk hati
B. ambil hati
C. putih hati
D. teguh hati

6. Saya sungguh menyesal kerana telah meminjam wang daripada ___________ itu.
A. ikan darat
B. tekong darat
C. lintah darat
D. pacat darat

7. Perniagaannya __________ kerana kesan kegawatan ekonomi yang telah melanda negara.
A. mengadu untung
B. harga mati
C. gulung tikar
D. mata duitan

8. Saya mahu bukti ___________ sebelum kamu menggeledah rumah saya.
A. hitam putih
B. bendera putih
C. putih mata
D. putih hati

9. Jamali dapat mendenga ketukan pintu pada malam itu kerana pada ketika itu dia ______________.
A. tidur-tidur itik
B. tidur-tidur ayam
C. telinga kuali
D. telinga nipis

10. Ramli akan mencari kerja di ibu kota dan jika ____________ dapatlah dia hidup senang.
A. untung abut
B. mengau untung
C. durian runtuh
D. dapat terpijak.

Ahad, 9 Disember 2012

Latihan masa cuti.


Penjodoh Bilangan

Latihan 2.
Pilih penjodoh bilangan yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.

 pasukan     pasang     urat     ulas     bidang    gugus    patah    timbun    helai     titik

1. Se -------------------- burung merpati hinggap di atas dahan itu.
2. Di tepi rumahnya ada beberapa  -------------------------- batu kelikir.
3. Roslina meminta se -----------------------benang putih daripada saya.
4. Ayatnya mempunyai tiga ------------------------ kata sahaja.
5. Di atas meja itu ada beberapa  --------------------- daun kering.
6. Kakak memberikan dua  -------------------------- nangka kepada adik.
7. Trak itu membawa se -------------------- polis ke Kampung Merak.
8. Sapu tangan Maria terkena beberapa -------------------------- dakwat biru.
9. Siva menggantungkan se ----------------------- kunci pada paku yang terdapat di dinding itu.
10. Haris menurunkan se ---------------------------- layar pada tiang perahunya.

Latihan masa cuti

Latihan 1.

Penggunaan kata yang tepat.
Garisi kata yang paling sesuai bagi ayat-ayat dibawah.

1. ( Bahang , Hangat ) unggun api itu terasa sampai ke sini.

2. Mariam berasa sungguh ( pilu , muram ) apabila mengenangkan peristiwa lama itu.

3. Tingkah lakunya yang ( sopan , budi ) itu menjadi contoh kepada murid-murid yang lain.

4. Kamal terjaga apabila terdengar bunyi ranting ( patah , retak ) di tepi tingkap rumahnya.

5. Penduduk pangsapuri itu mendakwa bahawa barang-barang di dalam rumah mereka ( bergegar , 
    berayun ) semalam akibat letupan gunung berapi yang berlaku di Sumatera.

6. Bapa akan menebang pokok kelapa yang ( condong , senget ) itu pada petang ini.

7. Ayam-ayam yang sedang makan di halaman rumah nenek lari ( bertempiaran , berserakan ) apabila
    disergah oleh adik.

8. Suasana di dalam dewan itu menjadi ( gamat , ribut ) apabila seorang pelakon tergelincir semasa
    pementasan.

9. Warna kereta akan cepat menjadi ( sebam , luntur ) jika sering terdedah pada cahaya matahari.

10. Saya mengetahui makna ( lambang , tanda ) bulan dan bintang pada bendera Malaysia.

Selasa, 4 Disember 2012

HARI ANUGERAH 2012

EN MEOR ARIS MEMBACAKAN DOA AGAR MAJLIS DIBERKATI

PUAN GURU BESAR MENYAMPAIKAN UCAPAN

PERSEMBAHAN NASYID OLEH MURID TAHUN 6 

GRADUASI MURID PRA SEKOLAH

Jumaat, 16 November 2012

SIMPULAN BAHASA  DAN PERIBAHASA

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai
kejayaan.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
Berbesar Hati
Maksud : Gembira.
Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
Batu Penghalang
Maksud : Halangan
Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Meninggi diri
Maksud : Sombong
Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.
Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.
Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong
Murah Hati
Maksud : Pemurah.
Tangan Kosong
Maksud : Hampa.
Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat





                                                        

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

1. Kesalahan dari Segi Kata
Kata Ganti Diri
1.      Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.
2.      Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
  • Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
    Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
  • Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
    Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
3.      Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.
  • Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
  • Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
  • Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
  • Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
4.      Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.
  • Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
  • Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )
  • Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )
  • Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )
5.      Kata mereka  tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
  • Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
  • Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
  • Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
  • Buku-buku  ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
6.      Kata mereka tidak boleh diulang.
  • Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
  • Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )

7.      Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
  • Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
  • Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
  • Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
  • Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )

Kata Bilangan

1.      Terdapat 6 jenis kata bilangan:
  • Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
  • Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
  • Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.
  • Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
2.      Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
salaha. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai

betul
      a. setengah-setengah orang
      b. tiap-tiap murid
      c. berbagai-bagai warna
      d. kedua-dua mempelai

3.      Kata para tidak boleh diulang.
  • Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
  • Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )
4.      Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.
  • dua setengah meter ( salah )
  • dua suku jam ( salah )
  • tiga setengah ringgit ( salah )
  • dua meter setengah ( betul )
  • dua jam suku ( betul )
  • tiga ringgit setengah ( betul )

Penjodoh Bilangan

1.      Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.
2.      Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.

SALAH
BETUL
setiap orang murid
semua orang pekerja
seluruh  buah kampung
segala ekor binatang
  sekalian orang peserta
  para orang guru
setiap murid
semua pekerja
seluruh kampung
segala binatang
sekalian peserta
para guru









3.      Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH
BETUL
beberapa buah usul
kedua-dua bentuk sifat
setiap buah sumbangan
semua buah pendapat
segala butir cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan
pelbagai bentuk teguran
beberapa usul
kedua-dua sifat
setiap sumbangan
semua pendapat
segala cadangan
tiap-tiap kenangan
pelbagai teguran

Kata Sendi

1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada
   ke dan kepada .
2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang,
    perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
SALAH
BETUL
Devi datang daripada Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie daripada pukul dua.
Ely terima surat dari Elyas
Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera.
Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup
Devi datang  dari Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie dari pukul dua.
Ely menerima surat daripada Elyas.
Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera.
Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.

3.  Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:     a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
     ~  Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )

     b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
     ~  Ayu berkebun di belakang rumah ( betul  )

     c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
    ~  Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )

    d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
    ~  Buku itu ada pada Suzie. ( betul )

4.      Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
      Contoh:
      a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
      -  Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )

      b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
      -  Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )

      c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )
      -  Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )

Kata Kerja   

1. Ada dua jenis kata kerja:
    a. kata kerja transitif
    b. kata kerja intransitif atau tak taransitif

2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:
  • kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
  • kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
  • kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
  • kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
  • kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
  • Kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan men-
    a. buang sampah ( salah )
        membuang sampah ( betul )

    b. goring ikan ( salah )
        menggoreng ikan ( betul )

4. Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
    Contoh:
SALAH
BETUL
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak.
Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.
Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping.
Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.
Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan Ishak segelas air.
Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.
Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.
Yatie menasihati saya agar rajin belajar.

5.      Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:
  • Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
  • Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
  • Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
  • Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
  • Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
  • Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
6.      Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh:
     -   tanya kepada Hamidah ( salah )
         bertanya kepada Hamidah ( betul )

     -  jangan lompat ( salah )
         jangan melompat ( betul )

     -   senyum kepada Kartina ( salah )
         tersenyum kepada Kartina ( betul )

Kata Hubung

1.      Ada 3 jenis kata hubung iaitu:
  • Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
  • Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
  • Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan saja….tetapi juga dan sebaginya.
2.      Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata-kata hubung tersebut. Contoh:
Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.
Budak itu cantik kecuali sombong.
Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.
Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak peduli.
3.      Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya.
Contoh:
·        Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah )
·        Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
·        Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )
·        Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
·        Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )

Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat

1adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.  
     Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan.
SALAH
BETUL
Apakah benar kata-katamu itu?
Apakah dia menangis?
Apakah aku bersalah?
Adakah benar kata-katamu itu?
Adakah dia menangis?
Adakah aku bersalah?


2.  boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
     Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
SALAH
BETUL
Syimir sudah boleh menunggang kuda.
Mazni tidak boleh pergi kerana demam.
Kami tidak boleh datang kerana hujan.
Syimir sudah dapat menunggang kuda.
Mazni tidak dapat pergi kerana demam.
Kami tidak dapat datang kerana hujan.





3.   bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat.
SALAH
BETUL
Cincin ini bukan cantik.
Kami bukan membaca buku.
Basikal ini bukan mahal.
Saya bukan duduk di situ.
Cincin ini tidak cantik.
Kami tidak membaca buku.
Basikal ini tidak mahal.
Saya tidak duduk di situ.

4.  pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan.
SALAH
BETUL
Kawasan pendalaman  itu akan dimajukan.
Beberapa kawasan pendalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan dijalankan.
Kawasan pedalaman itu akan dimajukan.
Beberapa kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pendalam Sungai Air Hitam akan dijalankan.

Kesalahan Dari Segi Frasa
Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
·        pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.
·        Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya.
·        Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya.
·        Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.
2.  Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh:
·        dua biji telur
·        semua murid
·        para pendidik
·        pelbagai acara
·        segala haiwan
·        sekalian penduduk
·        seluruh kawasan
3.  Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Contoh:
·        Lukisan itu cantik-cantik belaka.
·        Pakaian di situ mahal-mahal harganya.
·        Ayam di situ gemuk-gemuk.
·        Pemuda di sini gagah-gagah belaka.
·        Gadis di sini cantik-cantik.
·        Kuih itu sedap-sedap rasanya.
·        Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya.
·        Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.
4.  Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat:
·        D beerti unsur yang diterangkan
·        M beerti unsur yang menerangkan
      Contoh:
SALAH
BETUL
lain-lain hal
Nani Kedai Roti
goreng cempedak
Maggi mi
tomato sos
mini bas
mini taman
hal-hal lain
Kedai Roti Nani
cempedak goring
mi Maggi
sos tomato
bas mini
taman mini

5. Frasa Adjektif
·        Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
·        Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling.
·        Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.
Contoh:
SALAH
BETUL
Bangunan itu tertinggi.
Nani terpandai.
Orang itu terkuat.
Bangunan itu paling tinggi.
Nani paling pandai.
Orang itu paling kuat

·        Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan.
Contoh:  Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah )
               Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )
               Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah )
               Noralah pemain yang terhandal. ( betul )
               Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah )
               Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )
·        Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus. Contoh:
SALAH
BETUL
Buah langsat ini sangat manis sekali.
Budak itulah yang paling nakal sekali.
Sungguh indah nian pemandangan di situ.
Buah langsat ini manis sekali.
Budak itulah yang paling nakal.
Sungguh indah pemandangan di situ.

·        Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu diperluas.Contoh:
SALAH
BETUL
Budak itu tidak suka durian.
Nora sangat takut anjing.
Nani sangat gemar filem Hindustan.
Mereka tidak perlu pertolongan kami.
Saya benci sikapnya itu.
Budak itu tidak suka akan durian.
Nora sangat takut akan anjing.
Nani sangat gemar akan filem Hindustan.
Mereka tidak perlu akan pertolongan kami.
Saya benci akan sikapnya itu.

6. Frasa Kerja Intransitif
·        Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek.
·        Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif  sebagai kata utamanya.
·        Kata kerja intransitif yang berapitan ber….kan mesti diikuti frasa nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.
SALAH
BETUL
berlandaskan pada undang-undang
berbantalkan dengan lengan
berpandukan pada kamus
beratapkan dengan langit
bertilamkan dengan rumput
berlandaskan undang-undang
berbantalkan lengan
berpandukan kamus
beratapkan langit
bertilamkan rumput

  • Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif itu diperluas. Contoh:
SALAH
BETUL
Kamu mesti ingat janji-janjimu
Kakak tidak mahu tidur sini.
Beliau akan datang kampung ini.
Nani ingin berjumpa cikgu.
Saya ingin bertemu gadis itu.
Kami ternampak Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.
Kamu mesti ingat akan janji-janjimu.
Kakak tidak mahu tidur di sini.
Beliau akan datang ke kampung ini.
Nani ingin berjumpa dengan cikgu.
Saya ingin bertemu dengan gadis itu.
Kami ternampak akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.

Frasa Kerja Transitif

  • Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
  • Di antara kata kerja transitif  dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.

SALAH
BETUL
Beliau turut menyentuh tentang perkata itu.
Nora tidak mengetahui akan hal itu.
Kami membincangkan tentang masalah itu.
Mereka melebarkan lagi jalan itu.
Nani menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara.
Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah.
Beliau turut menyentuh perkara itu.
Nora tidak mengetahui hal itu.
Kami membincangkan masalah itu.
Mereka melebarkan jalan itu lagi.
Nani menceritakan pengalamannya semasa menuntut di luar negara.
Cerpen ini mengisahkan perjuangan menentang penjajah.

Frasa Kerja Pasif
1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif.
2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada :
·        frasa kerja pasif diri pertama
·        frasa kerja pasif diri kedua
·        frasa kerja pasif diri ketiga
3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya.
4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan sebagainya.
5.      Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh + frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan.
6.      Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.
SALAH
BETUL
diambil olehku
dibuang oleh kami
disimpan oleh kita
dihantar oleh saya
dilaksanakan oleh patik
diburu oleh hamba
kuambil
kami buang
kita simpan
saya hantar
patik laksanakan
hamba buru

7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan  dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.
SALAH
BETUL
ditanya oleh anda
diberikan oleh engkau
dibeli oleh kamu
dikirim oleh awak
diperintahkan oleh tuanku
dibersihkan oleh kalian
anda Tanya
engkau berikan
kamu beli
awak kirim
tuanku perintahkan
kalian bersihkan

8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua.    
SALAH
BETUL
beliau tulis
dia kumpulkan
mereka kutip
baginda rasmikan
ia bersihkan
ditulis oleh beliau
dikumpulkan olehnya
dikutip oleh mereka
dirasmikan oleh baginda
dibersihkan olehnya

8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.
SALAH
BETUL
kami akan atasi
kita perlu tolong
saya sudah kirim
hamba akan khabarkan
patik belum laksanakan
anda mesti edarkan
engkau telah baca
kamu akan baiki
awak mesti  siapkan
kalian harus bereskan
akan kami atasi
perlu kita tolong
sudah saya kirim
akan hamba khabarkan
belum patik laksanakan
mesti anda edarkan
telah engkau baca
akan kamu baiki
mesti awak siapkan
harus kalian bereskan

KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT
1. Ayat Gabungan
·        Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
·        Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh:

SALAH
BETUL
Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi?
Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau Jelai.
Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya.
Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan.
Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya tak mampu.
Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi?
Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai.
Baik yang kaya atau yang miskin datang
ke rumahnya.
Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan.
Jangankan membeli kereta, membeli motosikal pun saya tak mampu.

2. Ayat Pancangan
·        Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh:
a. Kereta Pak Leh itu terbabas.
b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.
Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i.  Kereta itu terbabas.ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:
i. Keluarga Mak Piah miskinii. Keluarga Mak Piah bahagia.
·        Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:
SALAH
BETUL
Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya.
Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank.
Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya.
Bangunan yang tinggi itu Menara Maybank.

·        Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh:
SALAH
BETUL
Kami berdoa kamu berjaya.
Semua orang tahu dia anak Pak Hamid.
Kami berdoa agar kamu berjaya.
Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid.

3. Ayat tergantung
·        Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.
·        Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang.
Contoh:
Budak itu / menangis.
Farhana / jatuh ke dalam longkang.
·        Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan. Contoh:
Siapakah / gadis itu.
Itulah / teman saya.
·        Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ ayat tergantung
·        Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya.
SALAH
BETUL
Di seluruh negara mengalami banjir.
Kerana hal itu akan dibincangkan.
Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
Banyak pelajar lulus dengan baik.
Ada pihak membangkang cadangan itu.
Dia yang datang kelmarin
Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan
Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.
Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
Apakah perlu kita lakukan sekarang?
Siapa kata saya berbohong?
Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih.
Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.
Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu  tumpas.
Yang manakah betul?
Seluruh negara mengalami banjir.
Hal itu akan dibincangkan.
Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
Banyak pelajar yang lulus dengan baik.
Ada pihak yang membangkang cadangan itu.
Dia datang kelmarin.
Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan.
Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.
Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?
Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong?
Peserta-pesert ayng lulus saja yang akan dipilih.
Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.
Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas.
Yang manakah yang betul?

4.      Ayat yang Tidak Betul Susunannya
·        Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat.
·        Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku.
Contoh:
Ini hari Azizah tidak datang.
Buku ini saya tidak mahu membaca.
Yang melukis gambar ini Zainallah.
Yang memukul awak siapakah?
Itu pen dakwat sudah habis.