Ahad, 9 Disember 2012

Latihan masa cuti.


Penjodoh Bilangan

Latihan 2.
Pilih penjodoh bilangan yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.

 pasukan     pasang     urat     ulas     bidang    gugus    patah    timbun    helai     titik

1. Se -------------------- burung merpati hinggap di atas dahan itu.
2. Di tepi rumahnya ada beberapa  -------------------------- batu kelikir.
3. Roslina meminta se -----------------------benang putih daripada saya.
4. Ayatnya mempunyai tiga ------------------------ kata sahaja.
5. Di atas meja itu ada beberapa  --------------------- daun kering.
6. Kakak memberikan dua  -------------------------- nangka kepada adik.
7. Trak itu membawa se -------------------- polis ke Kampung Merak.
8. Sapu tangan Maria terkena beberapa -------------------------- dakwat biru.
9. Siva menggantungkan se ----------------------- kunci pada paku yang terdapat di dinding itu.
10. Haris menurunkan se ---------------------------- layar pada tiang perahunya.

6 ulasan:

  1. Tahniah,dapat juga anak buat latihan,teruskan.

    BalasPadam
  2. Latihan yang sesuai untuk murid-murid.Blog cikgu lengkap dan padat dengan pelbagai maklumat yang disediakan.Tahniah Cikgu Harlina.

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum wbt.
    Pengisian ilmu yang amat bermanfaat buat anak-anak didik dan guru-guru. Tahniah dan teruskan cikgu. Sudilah pula ke laman blog saya di http;//cikgurohanimu.blogspot.com dan saya amat mengalu-alukan komen dari cikgu. Terima kasih cikgu :)

    BalasPadam
  4. Blog yang menarik dan penuh dengan info bermanfaat, syabas!^^

    BalasPadam